Friday, March 27, 2009

Ikan yang tidak patut dijumpai .

Cuti sekolah akhirnya tiba , Ahmad and Adam bercadang untuk memancing sebagai akiviti masa lapang . Oleh kerana , terdapatnya sungai berdekatan dengan rumah mereka , mereka bercadang untuk memancing di sungai tersebut selepas menyiapkan sebuah kerja cuti sekolah yang dilihat bagaikan gunung .



Menggunakan kira-kira tiga hari , mereka berjaya untuk menyiapkan kerja yang diberi . Untuk melepaskan keletihan , mereka merancang untuk memancing . Ahmad pergi mencari umpan untuk ikan manakala Adam telah pergi untuk membawa pemancing . Apabila bersiap semuanya , mereka berbasikal ke sungai tersebut .



Dalam pemikiran mereka , mereka berharap akan ikan besar akan memakan umpan mereka . Setelah sampai ke sungai tersebut , mereka segera menyediakan umpan and pancing . Ahmad and Adam segera melontar pancing mereka dan duduk menunggu umpan mereka dimakan oleh ikan yang lapar di dalam sungai .



Tidak lama kemudian , mereka dikejutkan dengan tarikan umpan dari pancing Ahmad . Kedua-dua adik beradik ini terus cuba menarik . "Wah , ada rezekilah , Ahmad" kata Adam kegembiran. "Yala , malam ini kita suruh mak kita masak kari ikan"balas Ahmad . Mereka terus tarik dan tarik tetapi nampaknya "ikan" ini nampaknya degil .



Ahmad pun menarik sekuat hati , akhirnya "ikan tu berjaya dipancingkan . Mereka berlompat kegembiraan dan kemudiannya muka mereka berubah . Bukannya ikan yang mereka dipancing tetapi pulak kepala manusia perempuan . " Ini ikan yang tidak patut dijumpai , Ahmad" kata Adam . Mereka melangkah seribu kaki meninggalkan basikal serta alat memancing mereka . Mereka terus balik ke rumah untuk memberitahu ibubapa mereka .

Ibubapa mereka berasa terkejut lalu melaporkan kepada polis . Berapa jam kemudiannya , polis telah datang bersama ahli-ahli forensik ke tempat mereka menemui kepala wanita tersebut . Ahli penyelam diminta datang untuk mencari mayat badan mangsa tersebut . Berhari mencari , ahli penyelam berjaya mencari mayat badan mangsa tu dalam keadaan bogel .

Walaupun perkara ini selesa , kejadian ini terus menghantui minda mereka . Ada malamnya , mereka sering terlihat bayangan wanita tanpa kepala dari tingkap mengayunkan tangan sebagai tanda terima kasih . Bagaimana wanita tersebut mati dan asal usul dia tetap menjadi penanyaan mereka .

No comments:

Post a Comment