Sunday, March 22, 2009

The Devil Box

Bila diperkatakan tengok Devil Box anda akan terfikir tentang sebuah kotak yang berunsurkan kejahatan .Tapi sebenarnya Devil Box yang saya ingin dimaksudkan ialah kenakalan yang terlindung di dalam perasaan anda sendiri .

Semua orang menpunyai Devil Box mereka sendiri . Sama ada mereka membuka devil box tersebut adalah perkara lain bergantung kepada setiap individu tersendiri . Pernah anda terfikir kadang-kala diri sendiri melakukan sesuata yang nakal seperti mengejek orang secara tiba-tiba ataupun mengeluarkan perkataan yang yang nakal ? Ini mungkin Devil Box anda telah terbuka .

Kekerapan devil box ini dibuka bergantung kepada individu sama ada mereka adalah seorang yang baik mahupun seorang yang nakal . Walaubagaimanapun , Devil Box ini juga membantu seseorang untuk bergurau . Orang pasti rasa aneh sekiranya anda seorang yang hanya bermuka masam dan serious sepanjang masa .

Devil Box ini haruslah dikawal sendiri dan bukannya dikawal oleh devil box tersebut . Walaupun Devil Box dikatakan hanya unutuk merangsangkan sikap kenakalan kita tetapi terlampau nakal juga mengakibatkan kehilangan kawan di samping anda . Oleh itu , sentiasa mengawal Devil Box dalam diri anda

No comments:

Post a Comment